KANCHANABURI 2018 : TRIP KE ERAWAN WATERFALL
Hi. Bersiaran dari Tanya Berry Farmhouse di Khao Kho, Petchabun. Hari ini nak cerita tentang trip kami di Kanchanaburi. Iaitu ke Erawan National Park. By the time entry ini ditulis, Erine sedang merindui Manee, owner Bure Guesthouse yang baik itu. 😅😅
Okay untuk ke Erawan Waterfall, you guys semua boleh menaiki Bus dari Kanchanaburi. Kalau korang stay di kawasan riverside, just keluar je sikit ke jalan besar dan tahan bus ke Erawan, Manee cakap bus ke Erawan selang sejam. Dan bus terakhir keluar dari Erawan adalah jam 5 petang. Just nice sebab Erawan National Park tutup jam 4:30 pm.
Tapi kami dengan penuh kegigihan decide nak naik moto je, sebab dah sewa satu hari kan.
Sebab tak boleh bangun pagi, jadi kitorang gerak keluar lewat dalam jam 10 pagi. Bukan sharp la, lewat-lewat jugaklah. Hihi
Start moto dan vroooom 🏍🏍💨💨
Perjalanan dari Kanchanaburi ke Erawan ambil masa dalam 1 jam lebih. Tapi sebab buntut I kematu, jadi perjalanan jadi panjang sikitla sebab banyak kali berhenti.
Entrance masuk ke Erawan National Park adalah 300baht seorang + 20baht untuk kenderaan motor. Masuk dalam tu ada parking besar. Boleh park moto kat situ, dan naik buggy menuju ke Waterfall. Kalau rajin nak jalan kaki pun boleh. Tambang buggy 60baht sorang satu kali jalan.
Sampai je level first Waterfall, si Maryam lah yang paling excited dalam dunia. Terus tanggal kasut nak tengok fish.
Air kat waterfall ni tersangatlah bersih. Sebab ikan-ikan dia sihat walafiat ye. Jenis ikan macam kat fish spa tu.
Air terjun sini pulak ada 7 tingkat. Korang boleh daki sampai tingkat tujuh. Tips bila sampai sini adalah datang awal pagi, atau rajin-rajin mendaki ke tingkat atas, view lagi cantik dan kurang orang, sebab sini adalah tumpuan pelancong, local pun ramai yang berkelah kat sini.
Tapi, makanan & minuman hanya dibenarkan bawa sampai level 2 je. Nak naik lagi atas kena tinggal makanan kat bawah, nak bawak botol air kena standby 1000baht untuk deposit. Nanti dah balik nanti tunjuk botol kosong dan ambil balik duit korang.
Overall memang sangat berbaloi trip ke Erawan Waterfall nim memang berbaloi sangat dengan perit jerih naik motor sejam lebih tu. Sampai Maryam tertido-tidolah atas moto.
Sekian dulu ye. Nanti kalau ada update yang tertinggal kat sini dan gambar-gambar lain Erine upload kendian.









Comments
Post a Comment