10 Tips Bahagi Masa Untuk Working At Home Mom

Okay berapa ramai Working At Home Mom kat sini yang rasa alahaaaaai..
Seksanya nak kerja dengan anak merengek. Nak masak lagi. Nak mandi pun tak sempat.

Angkat tangan! ✋✋
Kita sekapal! hehe

Tapi sikit-sikit kita belajar nak sesuaikan diri dengan jadual dn kerja rumah.
Okay Jom baca tips ini. 

1. Buat Perancangan Awal

Haaa macam Erine, ada dua Insta nak kena handle tau. Satu @stringnthings.my untuk jualan beg drawstring satu @beautynthings.my untuk Hermosa dan SHAKLEE. So malam tu memang kepala dah ligat dah standby buffer apa nak post besok. Nanti senang tak payah buang masa nak pikir caption lah, nak karang task apa lah. Tau-tau pos aja. Atau buat auto pos.
Lagi satu, macam kami, kereta ada satu. So malam tu dah kawtim dengan bapak.
"Okay bapak esok mommy nak guna kereta nak p sini p sini." So senang esok bapak dah standby kerja dia settle sebelum pukul berapa.


2. Buat Jadual!

Kalau korang jenis yang berdisiplin. Silalah sediakan jadual untuk diri sendiri dan anak-anak. Sangat disarankan untuk mommies yang anak dah sekolah sebab jadual macam ni buat kita keep track bukan jadual kita sahaja, tapi jadual aktiviti anak. Jadual bapak pun boleh sync kaj sekali supaya semua tahu jadual masing-masing dan saling mengingati. Tak gitu?



3. ‘Source-Out’ Kerja Rumah

Walaupun bergelar surirumah bekerja, tidaklah menjadi dosa kalau kita nak source out kerja rumah. Kalau ada kemampuan apa salahnya kan? Macam yang tak berkemampuan macam Erine ni, sebulan atleast sekali akan panggil tukang cuci rumah untuk cuci satu rumah. Saje jelah malas nak buat. Suruh Bapak support sikit biar Mommy berehat jadi bos plak. Boleh patah pinggang weh nak buat semua tu oi. Kos upah satu orang dalam RM60-70 je satu hari. Dia akan bersihkan satu rumah. Dari jamban, mop bawah kerusi meja katil semua. Lega lah sikit. Tips: Jangan upah agensi, agensi selalu mahal sikit harganya. 
Upah je ramai suri rumah yang perlukan pekerjaan. Sambil bermalasan, kita beramallah sikit.

4. Kuasai Kemahiran ‘Menyotong'

Mommies wajib kena ada ilmu tangan sotong 🐙 Haha nasiblah labu. Time kerja office boleh lah kau nak lari-lari buat kerja bukan jobscope kau. Nak kerja kat rumah sorry naik lorry. Therefore. Ilmu tangan sotong ni wajib kena Master okay. Time breastfeed boleh update blog sebelah tangan. Sambil masak, washing machine jalan. Haa macam tu lah.



5. Susun Atur Jadual Anak-Anak

Erine perasan anak-anak ni kalau cukup makan, pakai, tidur InsyaAllah diorang tak banyak ragam. Sebab tu jadual diorang kena teratur dan selaras. Pastikan bagi makan awal dan perut kenyang. Tidur dan bangun serentak supaya takdelah sorang tidur sorang berjaga. Jadi buat jadual anak-anak bila waktu main, waktu belajar, dan kalau ibu ada buat homeschooling, buat juga lesson plan anak-anak.



6. Hati-Hati Dengan Pencuri Masa

Ini memang Erine still failed lagi nak disiplin. Mana tak nya, koata internet penuh. Kekadang nak cari reference aje, terbukak Lazada pulook.
Nak update Blog aje, terbukak facebook pulook.
Nak bukak webinar aje, terbukak youtube pulook..

Haa pencuri masa macam ni lah kita kena hati-hati. Tau-tau nanti dah mengantuk. Tido.
Tau-tau anak dah bangun. Nak itu-ini.  Hah bila nak buat preparation awal tu semua.
Matilanakk..



7. Masak Menu Simple

Seboleh-bolehnya bab-bab masak ni kita wajib buat. Sebab air tangan ibu/isteri ni lain macam powernya tau. Dan Erine baru sedar sesuatu bahawa bila masak makanan berkuah macam sup, gulai lemak, kari tu semua lagi senang dan menjimatkan masa dari masak sambal. Haha
Yela kalau sambal, kena blend la, ayam or ikan kena goreng dulu. Banyak kerja. Kalau yang berkuah ni, tumbuk-tumbuk, campak. Potong-potong campak.
Haaa bila dah masak simple-simple tu anak jangan lupa bagi VITALEA SHAKLEE sebab kita masak tu belum tentu cukup nutrien yang kita dan anak perlukan tau.


8. Business-Support-Group

Tengok juga nature of bisnes tu macam mana.Masa Erine buat @stringnthings.my mula-mula tu memang sorang-sorang. Ya Allah tertekannya rasa. Dahla orang sekeliling pun macam sokong tak sokong aje. Tapi Alhamdulillah bila ada Shaklee ni kami sentiasa ada group business yang sokong antara satu sama lain. Kalau down tu, mesti leader atau uplina akan bagi semangat dan tips. Tips-tips yang dibagi pun bukan applicable untuk SHAKLEE business aje, boleh dipraktikkan dengan business lain jugak.



9. Jangan Lupa Bertenang Dan ‘Enjoy-Life!’
Kadang-kadang kita sibuk sangat nak capai target sampai lupa nak nikmati hidup. Risaukan anak-anak. Mana dengan nak concentrate bisnes lagi. Lepas tu stress lah. Buntu pun ye sebab tepu taktau mana dulu nak buat. Jadi bawa bertenang! Letakkan limit. Jangan lupa masukkan dalam jadual harian waktu untuk rehat dan treat diri sendiri. Supaya lepas tu kita boleh refresh dan bangkit balik untuk berfungsi dengan momentum yang lebih tinggi. Ingat kelebihan kita bekerja di rumah ni adalah anak-anak sentiasa berada dengan kita. Sentiasa terjaga dan mengikut acuan kita. 

10. Amalan rohani dan NIAT
Kena sentiasa NIAT untuk membantu keluarga, jangan niat bekerja sebab benda-benda tak elok. Zaman sekarang ramai working mother yang pasang niat bekerja supaya kalau suami buat hal, mother dah ada duit sendiri. Betulkan NIAT. Sebab NIAT tu doa. 
Sedih tau bila kita belum apa-apa dah mintak benda-benda macam tu.
Semua benda kalau boleh kita nak lakukan yang terbaik untuk keluarga dan bisnes. Semua ni perlukan kekuatan dalaman yang kuat. Kita boleh dapat kekuatan mental dengan mengutamakan amalan rohani harian yang berterusan. Bila kita letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah insyaAllah usaha kita lebih diredhai dan Allah akan bantu. Usaha perlu selalu seiring dengan doa dan tawakal.

Itu sahaja lah 10 TIPS ERINE MENJADI Working At Home Mom. 
Memang sebenarnya mencabar sangat. Mencabar tapi TAK MUSTAHIL okay.
Tapi tak kiralah nak jadi Working at Home Mom atau Working Mom kat Office ke. Sebenarnya dua-dua pun mak-mak kena jadi super power!!

So kalau korang mommies ada tips lain yang nak share. 

Komen kat bawah. Ngee!

Erine
0179108687



Comments

Popular Posts