9 Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Ibu Bapa dan Anak


CUTI SEKOLAH SUDAH KEMBALI!!
Yay! 

Ada dua emosi yang berbolak balik  bila cuti sekolah tiba ni.
Pertama Excited! masuk Minggu kedua Mati Kutu. hehehe betul tak mothers sekalian. In fact sebelum cuti pun mothers sekalian dah mati kutu apa nak buat dengan anak-anak supaya diorang tak boring duduk rumah. hehe 
Okay so entry kali ni jom kita sama-sama brainstorming aktiviti anak-anak untuk cuti sekolah ni okay.



Kem Motivasi

dalam list Erine. Kem motivasi adalah no satu sebab time cuti sekolah ni lah baaanyak sangat aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan, NGO dan event sekolah untuk isi masa terluang anak-anak ni. Ibu bapa just pilih aja nak akademik, rohani macam macam ada. So tersangatah ruginya ibu bapa kalau tak masukkan anak-anak ke kem motivasi bina sahsiah macam ni sebab bila lagi nak anak kita bergaul dan bersahsiah kan. Time cuti ni lah. Ibu Bapa boleh cekidaut PROGRAM CUTI SEKOLAH BEST ni untuk enroll you children in it. Macam-macam aktiviti ada. Takdelah budak-budak boring cuti ni kan.

Kem Ibadah.

Okay ini pun laaaagi penting. Dari biar anak-anak duduk melepak tengok kartun. Registerlah diorang untuk ke kem Ibadah. Kejar akhirat. Mungkin bagi budak-budak memang akan liat. 'Alaaa' memanjang kalau suruh ke kem agama. Tapi atleast adalah basic agama. Sekarang ni memang banyak masjid-masjid atau surau-suraau yang tekankan kem agama ni. Buat Qiamulail lah, buat kem hafal Quran dan Tahfiz lah. Eh, rugi tau tak join. Macam dekat dengan rumah Erine ni masjid yang paling happening ialah Event Masjid Seksyen 14 . Lepas ni parent yang duduk seksyen 14 PJ boleh cekidaut FB masjid ni untuk info ye.


Belajar Muzik
Untuk seronok-seronok pula, anak-anak boleh belajar alat musik seperti gitar dan piano. Nak pula kalau anak-anak jenis yang suka sangat dengan music. Apa salahnya asah bakat anak-anak kan.Untuk permulaan, ibu bapa boleh registerkan anak ke kelas beginner atau starter class iaitu kelas untuk tinjauan dulu tengok samada anak-anak suka atau tidak. kalau dah jatuh hati tu, bolehlah terus register anak untuk ambil kelas advance.
Mempelajari musik juga mampu meningkatkan kemahiran otak anak-anak dan bina keyakinan diorang tau.



Belajar Berenang
kalau boleh putar balik masa, Erine akan masukkan diri Erine untuk ke kelas berenang time cuti sekolah dulu. hehe. berenang ni sesuatu yang menyihatkan dan salah satu kamiharan asas yang elook sangat kita pelajari tau. Tak lamalah nak belajar berenang, kalau cepat pickup, seminggu pun dah pandai, lepas tu, ibu bapa boleh teman anak-anak swimming di swimming pool awam.



Melancong
Untuk keuarga yang berkemampuan, bawalah anak-anak melancong untuk melihat tempat-tempat menarik. Melancong ni sangat menyeronokkan bukan untuk anak-anak sahaje, ibu bapa pun boleh release tension bila melancong.Malah, hubungan kekeluargaan pun akan bertambah erat.
Bawalah anak berjalan-jalan buat lawatan sambil belajar untuk tambah pengetahuan geografi dan kajian tempatan. Dekat-dekat pun boleh. Melancong pulak tak semestinya ke luar negara. Balik kampung tu pun kira melancong tau.


 Membantu Datuk dan Nenek di Kampung

Bila dah menacong ke kampung tu pula, tambahlah satu lagi aktiviti untuk anak-anak iaitu membantu Datuk dan Nenek di kampung.
Cara hidup dan didikan di kampung dah tentu jauh beza dengan kehidupan bersama ibubapa di bandar. Banyak yang akan diperolehi, terutamanya hal-hal dalam melayani orang tua. Kerja-kerja kebun. Datuk dan Nenek mesti seronok sampai ke bulan kalau cucu-cucu balik duduk kampung cuti sekolah ni tau.


Bekerja Sambilan
Ini juga merupakan aktiviti yang menarik dilakukan semasa cuti sekolah. Bagi anak-anak yang berminat mencari duit poket, ini lah masa yang paling sesuai. Pastikan kerja yang dilakukan adalah selamat dan tidak menyalahi undang-undang. Ada kerja sambilan yang boleh dijalankan dari rumah dan ada juga yang di luar. Dapatkan kebenaran ibubapa terlebih dahulu. Jika niat dan tujuan adik-adik betul, inshaAllah ibubapa tak akan keberatan untuk membenarkan anak-anak bekerja sambilan semasa cuti sekolah ini.




Buat Kerja Amal
Selain mencari duit, selit-selitlah sikit kerja amal dan sukarelawan. Kalau anak dah sekolah menengah tu dah elok sangat tolong orang kampung gotong-royong ke, kemas surau ke, bantu di rumah anak-anak yatim dan orang tua ke. Untuk anak-anak yang masih sekolah rendah pula pastikan ibu bapa mengiringi mereka. Buat kerja amal di tersangatlah bagus didedahkan kepada anak-anak dari kecil supaya diorang ni ada satu perasaan suka menolong. Oh btw, macam zoo negara juga memang selalu buat aktiviti Volunteering ni Zoo. Haa dapat masuk Zoo free tau.


Tolong Ibu Bapa di Rumah aka kerja sambilan di rumah
Kalau dah habis melakukan aktiviti-aktiviti di luar rumah, anak-anak boleh juga buat kerja sambilan di rumah. hehe.
Tolonglah mak ayah sapu sampah, kemas rumah cuci kain, dan memasak. Mak-mak bolehlah kalau baik hati bagi upah cuci pinggan ke untuk anak-anak semangat nak tolong kan.Bila lagi anak-anak nak berbakti untuk ibu bapa. Sekurang-kurangnya anak-anak tu boleh practise kemahiran hidup bertumah tangga. Eh gitu!



Haa okay Erine rasa itu sajelah kot 9 aktiviti yang ibu bapa boleh buat dengan anak-anak. atau anak-anak buat di musim cuti sekolah ni supaya tidak bosan dan aktiviti harian dapat diisi dengan lebih bermanfaat.

Nanti ibu bapa cubalah salah satu aktiviti di atas. tidaklah mak pening nak layan anak 24 jam kan sebab masa anak dah terisi. 
Boleh lah mak nak berbusiness Shaklee sambil goyang kaki update blog. heheh

Walaupun cuti sekolah ni kena entertain anak di rumah. Business Shaklee tetap berjalan lancar tau. Janji ada line telefon. Income pun boleh masuk cuti sekolah ni. heheh

Okay mother. haw about you?
Kalau rasa nak tambah pendapatan duduk di rumah. 
Boleh whatsapp Erine.


Comments

Popular Posts